Novel Terpakai - Bisik-bisik gelora
Karya :Fauziah Ashari
Harga Asal: RM 25.90
Harga Jual: RM 24.00 (* Termasuk pos laju)
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil
menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku
kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.
Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang
alim di hadapan keluarga namun am...at nakal di belakang mereka. Suatu
hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah
menyatukan mereka ke alam perkahwinan.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua
ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula
benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.
Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap
oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi
pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?